Saturday, February 7, 2015

Tempat makan memarik dan sedap Perlis

Tempat makan memarik dan sedap Perlis, maicafe perlis
Tempat makan memarik dan sedap Perlis, maicafe kangar. Utusan Malaysia online telah membuat satu artikel mengenai Rostoren kami yang terletak berhampiran Masjid Putra Kangar.NAMANYA sahaja sudah pasti menggamit setiap pelancong mahupun penduduk tempatan untuk melangkah masuk ke dalam kafe ini.


Ini kerana selain ingin mengetahui apakah menu yang disediakan kafe tersebut, kawasan persekitaran serta konsep kafe yang ditampilkan begitu unik.
Mai Cafe, itulah nama yang dipilih. Jika dilihat daripada namanya nescaya orang ramai tidak dapat mengagak apakah menu yang disediakan untuk dinikmati para pengunjung.
Menurut Pengurus kafe tersebut, Khairul Syafiq Baharudin, 26, di Mai Cafe para pengunjung berpeluang menikmati masakan barat yang dimasak oleh chef yang berpengalaman.
"Di sini, kami menyediakan pelbagai hidangan barat untuk pilihan para pelanggan.
Tempat makan memarik dan sedap Perlis

"Apa yang membuatkan kami memilih menu masakan barat kerana di Perlis restoran yang menyajikan masakan barat kurang dan kami pasti dengan adanya Mai Cafe ia dapat memenuhi keinginan penduduk tempatan khususnya dan para pelancong amnya untuk menikmati masakan barat pada harga yang berpatutan," ujarnya ketika ditemui di premisnya yang terletak di No. 9 & 10, Kompleks Perniagaan Masjid, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis, baru-baru ini.
Tambah beliau, yang pasti, segala yang disajikan adalah yang terbaik buat para pelanggannya.
Mula dibuka April 2008, menurut Khairul, ia diilhamkan oleh bapanya, Baharudin Ahmad dan nama asal kafe berkenaan adalah Mai Cafe Herbal Western Kopitiam.
Ini kerana selain menawarkan masakan barat, mereka turut menjual produk-produk sendiri seperti kopi dan teh tarik.
Begitupun, walaupun hari ini namanya telah bertukar, kopi dan teh tarik masih dijual di kafe tersebut.




Berbicara lanjut mengenai kafe tersebut, ulas Khairul lagi, segala bahan mentah yang digunakan adalah barangan segar.
Untuk itu, segala rempah ratus yang digunakan adalah produk tempatan manakala untuk daging lembu, kambing dan dory (sejenis ikan) diimport dari negara luar.
Jelas anak kedua daripada tiga beradik ini lagi, walaupun bahan mentah seperti daging dan ikan diimport, ia dijamin halal.
"Bahan mentah seperti daging dan ikan kami terpaksa import memandangkan pasaran tempatan sukar diperoleh yang bersesuaian untuk masakan barat.
"Tetapi orang ramai jangan susah hati kerana ia dijamin halal dan kami telah memeriksa terlebih dahulu sebelum membeli," katanya.
Apa yang menarik mengenai kafe ini, selain menggunakan konsep terbuka dengan dua warna iaitu hitam dan merah, susun atur meja pelanggan serta hiasan kedai begitu kemas dan teratur.
Boleh memuatkan sehingga 120 orang pada satu-satu masa, Mai Cafe turut menyediakan sebuah bilik berhawa dingin bagi mereka yang inginkan privacy ataupun bertujuan untuk membuat perbincangan serta majlis jamuan hari jadi.
Penulis yang berpeluang menikmati hidangan di Mai Cafe baru-baru ini memberikan empat bintang daripada lima kerana selain masakannya yang enak dan mempunyai rasa, harganya juga berpatutan.
Jadi bagi mereka yang berada di utara tanah air apa kata kunjungi Mai Cafe hari ini dan rasai sendiri masakannya manakala bagi pelancong-pelancong jangan ketinggalan mengunjunginya sekiranya anda ke Perlis.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz3R6iRNsve 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment